Saturday, June 16, 2007

Pertimbangan

My BM is very cacat after years of lack of use, but I will attempt to describe the important events that have been happening in my life lately...

Beberapa bulan lalu, saya mula kerja dengan syarikat penyelidikan bisnes dan konsulting. Saya memang suka kerja ini dan ingin meneruskan pekerjaan dalam bidang ini. Tetapi sebenarnya saya tidak begitu gembira dengan gaji syarikat ini. Mereka memberikan pelbagai alasan untuk gaji ini. Contoh alasan yang diberikan termasuk kemahiran dan pengalaman saya tidak seratus peratus sesuai dengan projek-projek yang diambil oleh syarikat ini.

Oleh itu, saya pun mula cari pekerjaan lain dan hadir beberapa temuduga dengan syarikat-syarikat lain. Lagipun, situasi di syarikat ini pun tidak begitu gembira kerana beberapa orang telah meninggal untuk pergi kerja dengan syarikat lain.

Seluruh masa ini, saya masih terus kerja dengan penuh rajin dan teliti untuk membuktikan kebolehan saya.

Kelmarin... pengurus saya panggil saya untuk mesyuarat dengannya. Dia memberitahu saya bahawa pengarah kami telah membuat keputusan untuk menaikkan gaji saya sebanyak tiga puluh peratus!!! Saya sangat terkejut mendengar berita ini!

Saya memang amat gembira dengan keputusan ini. Tetapi sekarang saya juga rasa keliru dengan pertimbangan ini. Patutkah saya puas hati untuk terus kerja di syarikat ini? Adakah ini membuktikan pengurus dan pengarah saya tidak ikhlas terhadap pekerja mereka?